About me

My Photo
Phy
Former makeup enthusiast and bookworm. Currently adopting a minimalist lifestyle. Contact me at phylliciarobert@gmail.com for inquiries.
View my complete profile

Wednesday, December 07, 2011

Bangun Pagi Tebuk Jari...

Hari ni terpaksa bgn awal pagi sebab mau pigi Klinik Kesihatan amik ujian darah berpuasa. Arrrghhh! Nda suka nda suka... Sudah la kwn kamu ni si Phy bukan penggemar bangun pagi. Urgh! Bukan malas bah but I'm not a morning type of person (Cheh! Buat alasan lagi. Kalo sudah malas tu mengaku jak la). Tapi betul, sy kalo bangun pagi mesti berlipat sana sini dulu baru bangun. Alasan stretching.*Tapi kalo ikut logik, adakah org yg stretching sampai 15 minit? Siap ada bunyi berdengkur lagi* Tiada lah sy buka mata jak trus duduk menggeliat dengan over sambil senyum dari telinga ke telinga.

Kalo berurusan dengan hospital kerajaan atau klinik kesihatan wajib datang awal. Biar staff menyampah tengo muka kita sebab beza orang yang datang awal dengan lambat ni yang awal tunggu 1 jam jak br kena layan tapi yg datang lambat ni 5 jam baru kena layan. Haaaaa... Sebab tu la beta gigihkan diri datang menghadap pintu Makmal jam 7.15am lagi walaupun dengan  lamgkah yang lemah longlai dan mata berair (gara2 menguap lebih2).

Ganjarannya sy yang delwan kena check darah. Lepas lab assistant tu tebuk jari sy, dia suruh sy minum air gula satu gelas. Minum la kunu sy. Atukkkooooooiiii... Sudah lah panas tu air gula, manis barabis lagi. Macam terbakar kerongkong sy. Mau minum capat2 macam mau muntah la pula. Uih, uih, uih... Dasaaaaattt worrrr.. Sudah la tu, sambung puasa lagi 2 jam jadi ndalah bulih minum air. Seksa seksa...
Manisnya air gula tu bikin taubat mau makan benda2 manis lepas ni. Jangan bilang gula2, coklat pun ndakkan beta layan... Okay tipu *kedapatan lobang hidung kembang*.. Kalo coklat tu kawan kamu ni tatap layan juga la. Ala, cubit sikit2 jak la. Cubit2 manja la katakan.

Menunggu la kunun sy 2 jam berlalu. Punya boring... Sudah lah boring, haus lagi. Ini la part paling mencabar bila buat ujian darah berpuasa.15 minit terakhir tu lagi lah. Rasa macam mau lumpat2 jak.*Pedahal bukannya masa makin cepat bergerak pun kalo lumpat2. Bikin hilang ayu dan glamour jak* Nasiblah ada handphone pintar (yang dibeli ngan duit hutang-cari-nahas-sendiri) sebagai penghibur. Dapat la sy compose entry ini. Sekurang2nya nda juga terasa sgt seksa menunggu.

Tup tup masa untuk tebuk jari kali kedua pun tiba. Rupanya bad news.. Aduih... Sakitnya hati. Kacaunya jiwa. Macam hilang arah sekejap. Sedihnya hanya Allah jak lah yang tau. Salah sy kah? Bukan, salahkan hormon doktor bilang. *Betul ni doktor yang bilang, bukan sy mau unjuk jari suka suki*  Jadi bermula lah hidup kawan kamu ni ulang alik pigi Hospital. Terus terang, rasa macam mau naik pigi puncak Hotel Juta lepas tu terjun. Kurang sungguh kesanggupan sy. Apa boleh buat la kan, pasrah jak lah...

Tu jak lah cerita sy untuk kali ni. Kurang cheers hari ni.. Huhu..

4 comments :

Amanda Christine Wong said...

hey,that sounds serious.hope u'l be alright?

Anonymous said...

Be STRONG!

Phoebe said...

Thank you for your kind words... I appreciate it...

Phoebe said...

Manda: Thanks babe. It is quite serious but there's a good chance things will improve.. Keeping my fingers crossed.