Hello,
Di zaman teknologi yang serba canggih ini pasti kita selalu berdepan dengan pelbagai pemendekkan kata2 dalam komunikasi elektronik seperti SMS, Chat, Im dan sebagainya. *Chewah, opening banyak punya skema tahap karangan BM* Banyak perkataan yang dipendekkan ni senang untuk kita faham tapi kan kali ni kawan kamu si Phy akan kongsi perkataan2 pendek atau bahasa Jawanya, abbreviation, yang pernah buat kepala otak sy pening untuk faham.
Lol
Setiap kali kawan ckp something funny, musti letak Lol di hujung. Kadang2 buat ayat nda lucu pun dia letak lol juga. Lol ni apa hah? Lollipop kah? Last2, sy nda tahan dengan ke'lol'an yang menghantui diri ini jadi sy pun tanya dia:
Me: Apa bah maksud lol sebenarnya?
Kawan: Lol ni maksudnya Laughing Out Loud lah. Itu pun ndatau kah? Lol.
Kurang asam punya kawan. Siap lol lg di hujung explaination dia. Macam hantu. Nasib dia jauh, kalo depan muka sy sumbat tu mulut ngan limau asam dan kasi masuk dia dalam lubang tandas.
GBU/MGBU
Ya ampuuunn... Ini lah yang paling bikin malu. Sumpah, bertahun2 sy ndatau apa maksud menatang ni sampai lah last year. Heran bah sy, asal wish apa2 musti end dengan GBU.
"Merry Christmas 2005. GBU.."
"Happy New Year 2006.. MGBU ya"
"Happy Birthday lalink. GBU"
Apa bah maksud GBU ni?!! *Stress lagi tu kunun tarik2 rambut* Gobuk (beruk) kah? Aih, tapi takkan lah lepas wish sy yang baik2, yang sweet2 terus hina sy gobuk pula kan? *Sampai ati.. Sob sob...* Walaupun hati ini terkinja2 ingin tau dan ingin tanya apa itu GBU, tapi ego kawan kamu si Phy ni meronta2 nda mau menanya. *Sanggup kan sesat jalan* Iya lah, sebab suma org pun ber"GBU"2 sesama sendiri, kalo sy tanya, ketara lah ndatau. Kena ketawa pula kan. Jadi dengan gigihnya sy tetap cuba fikir sendiri.
Last2 dapat juga sy figure out apa jadah GBU ni. Dapat enlightenment la katakan. Bila finally dapat tu kan umpama minda yang gelap ini tiba2 diterangi 25 lampu kalimantang. Rupanya GBU ni GOD BLESS YOU! Rasa macam mau naik bangunan paling tinggi dan terjun. Kenapa lah beta ni bengap sangat?
ROTFL
Hadoi, in lagi apa ni? Macam bunyi hanjing tersedak pun ada. Ha, ini jarang betul sy jumpa tapi bila kawan sy (yang malar Lol tu) guna abbreviation ni sy nda sudah mau tanya dia. Nda juga sy mau berpikir bertahun2 baru dapat enlightenment. Jadi sy pun meligat kan jari jemari beta ni untuk bertanya ngan Mr Google. Mau tau apa maksud dia? *Yang nda mau tau sila tutup mata rapat2 okeh* Maksudnya Rolling On The Floor Laughing. Eleh, lawak la kunun tu sampai dia ketawa berguling atas lantai. Kin panas.
TQVM
Rasanya ini nda ramai yang ndatau sebab 'tq' ni memang semua orang pun tau. Kalo nda tau pendek umur. *Dui, mentang2 tau kan, berani la cakap yang ndatau tu pendek umur* First time sy nampak ni perkataan sy diam skejap. Part 'tq' tu sy sdah tau, part 'vm' tu yang sy kurang arif. Mujur lah kali ni sy terpikir juga apa maksud dia. *Nda sampai bertahun okay, 1 minit jak* Maksudnya Thank You Very Much. Chewah, bangga ni. Kembang lobang hidung macam serobong asap.
Itu lah perkataan2 dipendekkan yang pernah membuat kepala hotak kawan kamu si Phy ni pening spinning suatu masa dulu. Hehe.. Tu belum campur lagi perkataan2 lain yang dipendekkan oleh mereka2 yang tidak bertauliah. Apa pun moga terhibur ngan post kali ni.
Cheers and wassalam..
Salam Sayang,
Phoebe
Makeover Ruang Tamu Raya Baru
-
Assalamualaikum ♥
Salam awal Ramadhan! Banyak tak persiapan yang korang dah buat? Excited tak
Ramadhan kali ni? Untuk yuyu & keluarga, Ramadhan ni double-...
5 years ago
0 comments :
Post a Comment