Hello... Sejak kebelakangan ni bnyk betul sy dgr di Malaysia ni rakyat terlibat dgn kegiatan rally,tunjuk perasaan dan picketing. Puncanya? Atas sebab tidak puas ati. Bila tidak puas hati picket. Bila sakit hepar ngan kerajaan, rally. Ha, kalo banyak kaler kuning tu musti kamu tau rally apa kan? Walaupun sy ni tidak sokong kegiatan2 mcm ni, sy sedar kadang2 extreme measures are needed to get attention. Tapi kan, cuba lah reserve it utk isu2 yang amat berat dan sangat2 penting. Baru ada impak. Ini tidak. Perkhidmatan bas tiada selama dua bulan pun mau picket. Weh, kampung kawan kamu si Phy ni bukan saja seumur-umur tiada perkhidmatan bas tau. Siap ndada elektrik, ndada air, jalan pun masih gravel nda berturap. Tiada la juga kami buat benda2 macam tu. Mahasiswa dan mahasiswi pun nda mau ketinggalan... Banyak keburukkan yang timbul bila buat keja2 protest ni. Pertamanya, ini akan memberi peluang kepada kuasa luar untuk cuba campur tangan dalam urusan negara terchenta kita. Alasannya nanti, Kerajaan Malaysia tidak mampu mentadbir negara sendiri. Ha, mau kah kamu negara yg perasan dirinya sebagai Polis Dunia menyibuk dalam urusan Malaysia? Percaya lah tuan2 dan puan2, mereka hanya menunggu masa saja untuk berbuat demikian. Keduanya, aktiviti2 tidak sihat ni memburukkan image Malaysia. Fikirkan la, apakah yg memberi sumbangan terbesar kepada ekonomi negara ni? Industri perlancongan bukan? Kalo malar jak rally kanan picket kiri, bukankah ia memberi impresi bahawa negara kita ni tidak aman dan tidak selamat? Ha, apa yg akan terjadi kepada industri perlancongan, perlaburan perniagaan dari luar negara dan seterusnya ekonomi Malaysia? Pasti merosot dan guarantee impak buruk ini akan terkena pada hidung kita sendiri. Last but not least, bila jadah picket, himpun, baring di jalan raya ini kerap dilakukan ia akan menjadi sebahagian daripada budaya di Malaysia. Jangan lupa ibu bapa/makcik pakcik/datuk nenek borek, anak2/anak2 buah/cucu cicit rintik. Nanti nda pasal2 kamu pulang rumah dari keja satu hari nanti anak2 kamu tengah picket di ruang tamu sebab nda puas hati ngan jumlah duit saku yg diberikan. Mau kah? Sy tidak mau oh. Pendek katanya, jgn la kita buat keja2 nda berfaedah ini lebih2 lagi bila melibatkan perkara2 yang kurang significant. Banyak lagi cara untuk suara kita didengari. TV3 kan ada, kalo isu tu penting, nda payah picket pun diorang cover story punya. Hotline di ruang akhbar pun ada. Muka Buku PM kita pun ada. If all else fails, there's always PRU.*Wink* Uiseh, terasa sedikit macam buat karangan waktu zaman sekolah menegah pula ni. Hahaha.. Ayat sikit punya skemah. Ah, biar lah. Yang penting messagenya sampai kan.. Ini saja lah post untuk kali ini. Wassalam.. P/S: Banyak lagi keburukkan ekoran dari kegiatan2 tunjuk perasaan ni, tapi sy tau kamu suma pandai2 belaka kan? Musti bulih pikir sendiri kan? Hehe.. Salam Sayang, Phoebe |
Makeover Ruang Tamu Raya Baru
-
Assalamualaikum ♥
Salam awal Ramadhan! Banyak tak persiapan yang korang dah buat? Excited tak
Ramadhan kali ni? Untuk yuyu & keluarga, Ramadhan ni double-...
5 years ago
0 comments :
Post a Comment