Hello...
Musti ada yang baca entry ni ingat yang sy mau umumkan bila sy mau kahwin kan? Siow, sorry dan minta maaf ya kawan2. Sangkaan anda tu meleset sama sekali. Post ni sebenarnya is about why I'm not married yet actually. Haha..
Tahun lalu merupakan tahun di mana berpuluh2 lemon kawan beta mengikat tali pertunangan dan tidak kurang juga yang melafaz "I do" dan "Aku terima nikahnya Polan binti Polan.." Kalau sy cakap sy tidak kisah, tidak terasa walau sikit pun tipu la kan. Pinocchio pun sudah lama panjang hidung sampai pekan Keningau. Terasa seolah2 semua orang tengah berebut2 naik bot penyelamat, sy jak yang tertinggal atas kapal Titanic sebab nda cukup syarat *sob sob..* Sudah la begitu, banyak lagi yang tanya2,"Bila ko mau kahwin ni?" *Amboi... Mentang2 la ko sudah tunang/kahwin gatal mulut ko ha menanya. Sumbat dalam almari baru tau..*
Namun bila sy tolak ego ke tepi dan renung dalam2 sedalam laut paling dalam di dunia *berapa kali punya dalam daaaa..* dan tanya diri sy,"Kalo la sy dilamar hari ini, sy terima kah?" Jawabannya kawan2 adalah, "Tidaaaakkkk!!! Tidaaakkkk!!!"*Panjat pokok kayu, panic*. Ya, sy takut sebenarnya mau kahwin. Sebab kahwin ni adalah sesuatu yang sangat indah, sangat pahit, sangat mencabar, amat berat tanggungjawabnya dan memerlukan kesabaran yang tinggi.*Banyak lagi tapi kalo mau sebut suma tahun depan pun nda abis* Sy tidak pasti kalu sy mampu untuk memikul semua itu. *Chewah, rendah diri kunu*
Selain daripada takut diri belum mampu dari segi mental emosi untuk kahwin, sy juga takut sebab banyak sepupu sepapat dan sahabat handai yang telah melalui penceraian. Cerita2 diorang pula punya lah ngeri. Ada yang dipukul, ada yang dikhianati. Ada yang anak dibawa lari ke negara lain, bertahun2 baru dapat jumpa. Itu pun anak2 tu sudah kena brainwash oleh si ex husband untuk benci si isteri. Ada yang baru kahwin tapi sudah diduakan.
Dramanya nda ubah macam dari novel cintan cintun Melayu yang mampu buat student2 feeling lebih2 *student2 la yang selalu baca novel2 macam ni. Dua novel habis baru selak satu muka surat buku Ekonomi* sampai menangis teresak2 sambil makan Maggi. Pendek kata, sy takut dikhianati. Lelaki zaman sekarang nda sudah macam dulu. Kesetiaan tidak tetap, rasa sayang mudah beralih dan kurang sabarnya. Berjauhan sikit sudah cari lain, sudah kahwin pun masih bergaul tanpa batas dan sempadan dengan wanita lain. Sang wanita pun ada juga penyakit macam ni tapi tidak sebanyak lelaki.
Bila dengar semua ini, rasa macam terbantut pula hasrat mau kahwin. Tawar hati. Tapi ini mungkin sebab belum sampai lagi seru untuk sy kahwin. Who knows kan, soal jodoh di tangan Allah SWT. Kalo sudah sampai masa, sy lari sejauh mana pun, peluk tiang teriak2,"Ndamaaauuu!!! Ndamauuuuuuu!!!" pun kahwin juga jawabnya. Cuma sy harap bila sy kahwin nanti biarlah atas sebab yang baik, dengan cara yang baik dan dengan someone yang ikhlas dan boleh didik sy. Amin. Sila2 doakan ya.. Hehe...
Cheers and Wassalam..
Salam Sayang,
Phoebe
Makeover Ruang Tamu Raya Baru
-
Assalamualaikum ♥
Salam awal Ramadhan! Banyak tak persiapan yang korang dah buat? Excited tak
Ramadhan kali ni? Untuk yuyu & keluarga, Ramadhan ni double-...
5 years ago
0 comments :
Post a Comment