About me

My Photo
Phy
Former makeup enthusiast and bookworm. Currently adopting a minimalist lifestyle. Contact me at phylliciarobert@gmail.com for inquiries.
View my complete profile

Wednesday, January 18, 2012

Phy Penat Dan Kurang Pintar

Hello..
Lama sy nda update blog oh kan. Minggu lepas sy sibuk betul dengan macam2 urusan. Minggu ni pula sy giat exercise mata dan jari dengan baca novel dan berusaha jadi jutawan coklat. Fuh jangan kamu, bersungguh2 sy berusaha ni. Empat sudah kilang sy, dua kedai dan aset berjuta2. Sila jangan jeles. Usaha tangga kejayaan. Hahaha..

Hari ni kan, sy rasa sedih la. Sedih sebab sy ni kurang pintar. Kenapa sy cakap sy kurang pintar? Sebab walaupun otak sy tau yg sy hanya mampu bawa seekor kuda ke sumber air tapi sy tidak mampu paksa kuda tu minum kalo dia ndamau, namun dalam hati sy *tanpa sy sedari* fikir yang sy boleh pujuk kuda tu untuk minum air tersebut. Yang penting sy banyak bersabar dan banyak bagi dorongan. Namun sayang seribu sayang, sangkaan hati sy itu meleset sama sekali.

*Kalo kamu rasa bingung dengan cerita kuda di atas, apa boleh buat lah ah.. Ndapa lah, sy sendiri faham..*

Sy juga rasa penat. Penat dengan beberapa keadaan, penat dengan sesetengah orang, penat dengan sikap2 dan amalan tertentu serta amat amat amat penat dengan harapan palsu dan janji2 yang tidak kesampaian. Tidak lupa juga penat dengan isu2 yang sering berbangkit tapi tiada penghujungnya walaupun sudah dinasihat, dimarah dan dipujuk 1982634546372882723536474 kali.

Hati dan perasaan sy rasa berat sangat. Nda mampu sy tahan air mata kesedihan dan kekecewaan mengalir. *Uiseh, iye keeerr* Hari2 lain, boleh pula sy pujuk diri sendiri. Tapi kali ni amat berbeza. I wonder why? Maybe sebab selama ni sy rasa macam masih ada harapan. Namun, kali ni sudah jelas dan nyata keadaan tidak akan berubah jadi tiada guna sy tipu diri sendiri lagi. There's nothing more for me to hold on to and my hopes are fading away..

Doi.. Sudah2 la tu kan.. Sedih2 pun tiada untung juga. Nangis sampai migrain pun tidak mengubah apa2.

Sy rasa sy mau buat kerja rumah banyak2 la. Supaya sy tiada masa fikir lagi benda ni semua. Supaya bila sy ampai kepala sy di bantal malam2, sy terus tertidur. Nda la sy sempat melayan blues sambil buang air mata. Kan? Musti mum sy buat Happy Feet penguin dance. Hehe..

Tu jak la untuk kali ni. Siow, berduka lara pula sy kali ni. Jangan silap, ini bukan post minta simpati tapi luahan semata2. Wassalam.

Salam sayang,
Phoebe

0 comments :