About me

My Photo
Phy
Former makeup enthusiast and bookworm. Currently adopting a minimalist lifestyle. Contact me at phylliciarobert@gmail.com for inquiries.
View my complete profile

Tuesday, December 06, 2011

Merdeka! Dan Al-Kisah Banker Ala Detektif

Merdeka! Merdeka! Merdeka!


"Apa la mimpi kawan sy si Phy ni tiba2 laung merdeka ni? Hari merdeka Malaya dan Malaysia kan dua2 sudah limpas? Sot eh.." Bukan mimpi, bukan sot. Lali lagi lah bukan. Sebenarnya ada berita gumbira bah ni yang sy mau share kavagu. Last Friday pihak IPDT call sy dan maklumkan yang JPA sudah approve resignation sy. Jadi tiada sudah ikatan sy sama Kerajaan. Yay! *Uinah, amik masa 4 bulan juga lah mau selesai. Kalo ada ayam mengeram telur masa sy tender resignation sy hari tu, bujang dah anak dia kan? Silap2 jadi nenek sudah ayam tu.*

Sudah sy selesai tap dancing macam penguin Happy Feet sy pun tanya lah pasal gaji sy. Sy sebenarnya susah hati juga kalau2 gaji sy terus 'berjalan' selama 3 bulan ni sebab malas bah sy 'ada hutang' dengan Kerajaan. Banyak songeh. Kalo kurang di pihak diorang bukan main lagi macam Along minta bayar balik. Bila kurang di pihak kita macam kura2 mau bayar kita balik. Maaf kalau ada yang terasa. Ini bukan hasutan tau, tapi reality.

Eh, eh melarat pula. Balik pada cerita asal. Rupa2nya diorang sudah hentikan gaji sy 2 bulan lepas. One more Yay! Menari2 lagi sekejap sebelum sy sedar something yang buat sy rasa bagai dipanah petir. Oh no! Jadi komitmen sy dengan cik abang Bank Rakyat dan cik abang PTPTN 2 bulan sudah la tidak kena bayar? Oh tiddaaaaakkkk.... Terbayang2 yours truly kena masuk lokap sebab gagal bayar hutang2 yang diri sendiri minta puji pigi cari. *Cue lagu* Tiwas! Tiwas!Koooootttooohhh!!!

Walaupun rasa macam cacing kepanasan terpaksa juga tunggu hari Isnin untuk settle hal ni. Malangnya pagi Isnin tu juga la mimpi sy paling enak, sedap dan nyaman (Sy mimpi yang sy buat presentation yang penting dalam auditorium dan semua orang termasuk bos2 besar sy impressed barabis. Nah, ndakkah sedap, enak dan nyaman mimpi begitu tu?) Selepas melipatkan diri dalam posisi sujud dengan alasan mau stretching (pedahal mau curi beberapa saat lg ngorok) akhirnya bangun juga.

Sorry, I'm digressing again. Jadi jumpa la kunu orang yang berkaitan di Bank Rakyat cawangan Keningau. Bagus juga jantung dia, dia bagi sy nombor talipon di cawangan Likas. Call la lagi di sana. Lepas sudah minta sambung, cakap hello, kasitau nama tu suma begini la dialog kami:

Me: Sy mau maklumkan yang sy tidak bekerja lagi dengan Kerajaan jadi sy akan bayar secara tunai mulai dari sekarang.
Abang Bank Rakyat: Kenapa quit dari kerajaan? Susah tu mau dapat. Kerja kah sekarang?
Me: *Suka hati sy la bah mau quit kah inda* Sy berhenti atas kemahuan sendiri. Inda, sy nda bekerja sekarang ni.
Abang Bank Rakyat: Sudah kahwin?
Me: *Uh, apa kaitan? Blur...* Sudah. (Okay, belum bah. Tapi sepa suruh dia tanya soalan yang bukan2? Sy jawab juga lah yang bukan2.. Haha.. Kotoh kena terek..)
Abang Bank Rakyat: Kalo puan tidak bayar, puan boleh bankrupt ni. Boleh kena saman, masuk penjara.
Me: *Uih uih uih.. Men geratak ko ah. Rilek ko geng* Bayaran tu tiada masalah encik. Sy cuma mau tau macam mana caranya, kalau ada apa2 dokumentasi yang perlu follow up. (Chewah! Jawab macam kaya ala Donald Trump. Pedahal tercungap2 juga kalo bukan sudah prepare duit untuk bayar)
Abang Bank Rakyat: Blah.. Blah.. Blah (Bagi penerangan)

Kalo abang Bank Rakyat tu mau tukar profesyen jadi detektif pun ada bakat kan? Sy pun nda pasti soalan2 dia tu soalan standard kah atau atas dasar 'kepenyibukkan' (Wujud kah? Hehehe..) diri dia sendiri jak. Walaupun sy mau jawab dengan cara hampir memaki tapi sy tetap try jawab dengan berhemah soalan2 dia tu. Cool.. Cool.. Nda berbaloi sy rasa kedut2 usia singgah awal di muka sy gara2 layan sangat karenah abang banker yang perasan diri dia detektif. Hehe..

Jadi itu jak lah cerita sy untuk kali ni. Until the next time. Cheers!

0 comments :