About me

My Photo
Phy
Former makeup enthusiast and bookworm. Currently adopting a minimalist lifestyle. Contact me at phylliciarobert@gmail.com for inquiries.
View my complete profile

Friday, December 09, 2011

Perangai Buruk Si Phy: Malar Jak Menukar Bah..

Hello... Apa khabar, sihat kah?

Di sini sy mau cerita sikit tentang satu lagi perangai buruk *Ish, nda abis2 dengan perangai buruk kan?* sy iaitu suka tukar-tukar produk. Ni memang sy rasa macam satu penyakit, nda kira lah  produk skincare kah, rambut kah, badan kah. Selalunya skincare lah. Sy ni suka mencuba dan suka membeli. Tapi kan tapi kan, kalo setakat tukar-tukar produk jak tiada juga bah masalah. Rasanya besa la tu kalo perempuan kan? *Kasi salah lagi tu jantina kunu, walhal memang nafsu serakah sendiri.. Huhu..* 


Masalah sebenar ialah sy ni tukar produk sebelum produk tu habis. Sy cepat bosan guna satu produk bah. Baru separuh botol sudah sy boring. Beli lagi produk baru yang lain. Teruk kan, teruk kan? Ish... Jarang betul sy dapat jumpa something yang sy suka betul sampai sy guna habis. Kalo ada tu, maknanya memang sy suka kaw2 lah benda tu.

Sy betul2 tabik dengan orang yang boleh beli botol syampu atau shower gel yang sampai 5 Liter *Okay2 drama la pulak, maksud sy 1.5 Liter* dan guna sampai habis. Nda cukup begitu, bila sudah habis, diorang beli lagi dengan jenama dan haruman yang SAMA. OMGHHKP! Kalo sy kan, sy pengsan sudah tu gara2 terlampau keboringan. Rasa2nya orang2 macam ni jenis steady kan? Nda pun mungkin jenis yang setia. *Tup! Terkena hidung sendiri. Jadi maknanya sy bukan jenis setia lah ni? Huwaaaa...*

Oleh sebab sy takut kena soal di akhirat nanti sy sekarang mula sudah meng'adjust'kan diri. Kalo dulu beli produk full sized tapi sekarang beli produk saiz comel lagi kementot supaya belum sy sempat boring, sudah habis. Haaa... Rugi sikit la dari segi harga sebab makin besar saiz produk, makin jimat bila banding harga atas kandungan. Tapi rasanya lagi rugi kalo beli barang saiz besar lepas nda habis pakai kan? Dosa eh membazir.. Huhu...

Jadi sy mau tau kalo kamu pun ada sikap yang sama (cepat boring, atau belum habis guna sudah tukar)? Atau pun kamu ni jenis sebaliknya?

Tu jak la untuk kali ni. Cheers and wassalam..

0 comments :