Hello..
Kalo sy tengo sekarang ni cara budak2 sekolah bercintan cintun sangat banyak beza dengan zaman sy dulu *Chewah, ayat 'zaman sy dulu' tu membuatkan diri beta terasa amat tua sekali*. Jadi mari kita lihat evolusi cinta monyet dari tahun 90-an sehingga kini yer..
Cara Berkenalan
Tahun 90-an hingga 2002: Face to face/kirim salam melalui kawan la cara yang paling selalu digunakan. Ada juga yang kirim surat secara rahsia. Secret Admirer la bah tu kunun.
Tahun 2003-2006: Rata-rata orang sudah ada handphone masa ni walaupun sekadar modal Nokia 3310. Jadi bila mau berkenalan tu samada minta tolong kawan dapatkan nombor handphone si Gadis atau sendiri yang pergi minta.
Tahun 2007-Kini: Apa susah, Facebook kan ada.. Jangan cakap cewek lain sekolah atau lain daerah, cewek dari lain negara pun boleh kenal. Minta saja add sebagai kawan. Beres. Kalo request nda kena terima pun, eleh, bukannya sekampung. No harm done.
Cara Komunikasi
Tahun 90-an hingga 2002: Pakai telepon rumah jak. Pai parents pun heran napa bil telepon beganda2 dari besa. Si Gadis pula siap tarik telepon tu masuk bilik supaya ada privasi kunu. Parents yang sporting geleng kepala. Parents yang strict cabut pintu bilik. Haha.. Paling tidak pun guna public phone, sampai terbelit-belit bah tu wayar phone terlampau feeling. Kalo di sekolah, passing2 surat sinta guna posmen yang nda bertauliah. Kadang2 kena posmen nda amanah tu siap kena baca lagi tu surat. Cilanat betul punya kawan.
Tahun 2003-2006: Majoriti ada handphone jadi SMS la jadi pilihan komunikasi. Murah kan banding call. Boleh SMS anytime, sampai larut malam pun ndapa. Berusaha gigih lagi tu cari SMS yang lucu2. Semua demi membuat si Dia senyum. Kalo sudah abis kredit tu pandai la kenal dengan public phone. Lilit2 wayar telepon lagi.
Tahun 2007-Kini: Banyak pilihan sudah lor. Pakai handphone boleh, Facebook pun boleh. Siapa yg parents boleh sponsor iPhone atau Berry Hitam tu lagi la banyak pilihan. Dengan Pingchatnya, Linenya, Whatsappnya dan lain2.
Cara Komunikasi Hubungan Jarak Jauh
Tahun 90-an hingga 2002: Bila dua2 pasangan pergi sambung belajar surat la jadi pengubat rindu. Tulis pakai tangan okay. Siap ada tulisan yang kabur2 gara2 kembang bekas kena titisan air mata lagi. Tulisan dikasi cantik2, kertas pun yang wangi2. Kalo sampul comel berbunga2 tu confirm dari girlpren. Kalo salah satu jak pasangan tu yang pergi lanjutkan pelajaran ha, sanggup la beratur panjang2 untuk guna public phone dengan kocek penuh duit syiling *gigih tu kumpul duit syiling. kalah tokey kedai runcit*. Sampai seluar terlondeh sebelah gara2 duit syiling terlampau berat pun nda kisah. Bila ada duit lebih sikit tu benda pertama dibeli kad public phone. Ubat gigi belakang kira.
Tahun 2003-2006: Sama juga lah, biasanya SMS atau call. Siapa yang rajin pergi cc tu boleh la guna email. Friendster pun ada sudah. Kalau yang celik IT tu boleh video call. Tapi dalam tempoh ni video call masih jarang digunakan sebab dua2 pasangan perlu ada webcam.
Tahun 2007-Kini: Ndapayah cakap la kan. Email, video call, Skype, Facebook, SMS, MMS, telepon, etc. Belum campur apps yang ada dalam Berry Hitam/Android/iPhone. Terlampau banyak pilihan sampai kadang2 nda terasa pun rindu bila berjauhan. Rasa macam pasangan tu sentiasa dekat.
Gambar
Tahun 90-an hingga 2002: Uiii.. Susah tau mau dapat gambar pasangan zaman dulu2. Maklumlah, bukan suma orang ada kamera. Siapa yang tiada tu merayu ngan kawan yang ada kamera mintak gambar dia sorang. Kamera dulu2 lagi bukan boleh terus tengo hasilnya kan. Tunggu roll filem habis baru boleh pergi cuci gambar. Sebab tu orang dulu2 nda cerewet. Asal ada gambar yang okay untuk bagi pasangan da cukup. Kalo hubungan jarak jauh tu siap ada penerangan lagi ditulis di belakang gambar. Di sampul surat tu ditulis 'DO NOT BEND'. Takut gambar dia rosak.
Tahun 2003-2006: Zaman camera digital. Ni senang sikit, boleh terus tengo hasil gambarnya. Tapi sebab itu juga la ada sesetengah orang jadi cerewet tahap gaban. Rambut kena tiup salah angle sikit mo suruh amik gambar lagi sekali. Tangan salah position sikit minta amik gambar balik. Sensara si tukang amik gambar. Menyesal seribu kali volunteer. Mau bagi pasangan gambar tu pula antara pergi cuci gambar/burn dalam CD atau buat 'movie' dengan Windows Movie Maker baru burn di CD dan kirim. Pendrive sudah ada masa ni tapi mahal. 218MB pun mau RM100.
Tahun 2007-Kini: Sekarang zaman DSLR. Siap ada editing software yang canggih. Jerawat seribu boleh erase, mata merah macam zombie pun boleh kasi bagus, etc. Mau bagi gambar ngan pasangan nda susah sudah, transfer jak masuk pendrive. Kirim pendrive sekali pun ndapa. Besalah, sekarang ni pendrive sudah murah. 8GB pun puluh2 jak harganya. Paling nda pun upload pergi Facebook dan tag si Cinta.
Lagu
Tahun 90-an hingga 2002: Dulu kalo mau bagi lagu ngan pasangan sanggup dengar radio berjam2 untuk 'dub' lagu2 kegemaran pasangan/lagu jiwang dari band seperti Westlife, BSB, Hanson, The Moffatts, etc. Siap maki2 lagi tu DJ bila DJ tu masih bercakap bila lagu tu dah mula atau start bercakap sedangkan lagu belum habis. Sy ingat juga dulu bila ada perayaan di sekolah macam Hari Guru, senior2 sy selalu buat song request. Masa tu la pasangan amik kesempatan mau dedicate2 lagu. Ada juga Secret Admirer yang dedicate untuk si Dia yang diintai selama ni. Awww....
Tahun 2003-2006: Zaman ni adalah perantaraan dub lagu dengan kaset kosong dan burn lagu dalam CD. Yang mem'burn' lagu dalam CD pun tidak kurang payah walaupun mungkin tidak seteruk dub lagu dalam kaset. Mau cari lagu Mp3 tu yang susah. Terpaksa cari downloader yang bagus dan tunggu berpuluh minit untuk dowload lagu. Tapi semua itu nda penting, yang penting maksud lagu tu sampai ngan si Cinta.
Tahun 2007-Kini: Sekarang ni memang senang la mau kongsi apa2 lagu. Dari smartphone to smartphone pun boleh, guna jak Whatsapp. Share videoclip original dari Youtube di Facebook dan tag si Dia pun boleh. Mau senarai semua cara sampai bisuk nda abis.
Kesimpulannya, zaman sekarang ni memang banyak kemudahan yang boleh mengeratkan sesuatu hubungan tapi somehow, sy rasa zaman dulu2 lagi romantik. Walaupun setakat cinta monyet, pasangan perlu kerja lebih keras untuk mengekalkan hubungan mereka dan itu membuatkan mereka lebih sabar serta menghargai pasangan dan hubungan tersebut. Kan, kan, kan...
Itu jak la untuk kali ni. Wassalam.
Salam Sayang,
Phoebe
Makeover Ruang Tamu Raya Baru
-
Assalamualaikum ♥
Salam awal Ramadhan! Banyak tak persiapan yang korang dah buat? Excited tak
Ramadhan kali ni? Untuk yuyu & keluarga, Ramadhan ni double-...
5 years ago