Hello...
Sekarang ni kawan kamu si Phy tengah sakit mata. Bengkak, on the way mau jadi katut la katakan. Eh, eh, jangan sangka buruk tau. Sy teda pigi intai2 orang mandi atau tukar baju kah apa. Dosa tu, dosa tu.. Sy ni kan budak baik... *Dipersilakan muntah atau ketawa terbahak-bahak ya tuan2 dan puan2*
Al-kisahnya bermula begini, *bagi yang ingin mengetahui lah. Kalo nda mau tau sila ke perenggan seterusnya. Terima kasih* Dua malam lepas sy dengan hati dan tangan yang gatal pergi pakai gel eyeliner warna biru di mata. Test skill lah kunu. Manatau sudah lupa cara2 pakai eyeliner jenis ini kan. Okay lah juga, skill tu masih ada kunu. Bila bangun pagi kemarin (dalam bahasa West Malaysianya 'semalam'), sy rasa mata sy sakit. Bila belek2 muka yang tidak seberapa ini depan cermin baru nampak, rupanya bengkak.
Oleh kerana takut2 melarat jadi katut, sy pun mulalah ingat2 balik petua2 orang2 tua pasal mau kasi hilang katut ni. Ada yang cakap tekap bahagian yang bengkak dengan tuala panas, ada yang cakap letak serbuk kayu manis, letak madu liar/mentah dan ada yang cakap letak air daun sirih.
Serbuk kayu manis saja yang ada di rumah, jadi sy pun dengan 'condifen'nya letak serbuk tu di bahagian mata yang bengkak. Ya ampun, punya lah pedih + gatal + berasap! Rasa macam mau lumpat-lumpat *Tapi musti lah sy nda lumpat. Hilang lah ayu sy* Ke'enak'an sakit tu, sampai keluar air mata. Tapi oleh kerana mau baik punya pasal, setiap 2 jam sy letak kayu manis tu. *Iya, setiap 2 jam juga sy rasa mau lumpat2* Gigih kan?
Namun apakan daya, kegigihan kawan kamu ni si Phy nda ke mana. Sama juga tu mata bengkak. Actually, makin bengkak lagi sikit. Jadi sy tiada pilihan melainkan cuba petua seterusnya, iaitu tekap tuala panas di bahagian mata yang bengkak. Yang ini nda payah cakap la nikmatnya macam mana. Jangan bilang lumpat2, nafas pun jadi nafas naga. Aduih...
Pagi tadi minta kirim my mum beli daun sirih. Mau tumbuk dalam lesung campur air dan air tu titiskan di mata. Ini pun bikin mata pedih juga ni. Apa lah nasib kawan kamu si Phy ni? Tiada kah petua yang nda sakit, pedih dan sewaktu dengannya? Heraaaannnnn... Apa bulih buat lah, tahan jak la kan? Sanggup lagi tahan sakit dari tahan malu berkatut kunu.
Kalo kamu ada apa2 petua untuk hilangkan katut atau mengelakkan katut tu dari menjadi, sila2 lah kongsikan kio. Kalo petua tu nda menyakitkan lagi2 lah digalakkan berkonsi. Hehe..
Ini jak la cerita kawan kamu yang malang untuk kali ini. Cheers and wassalam.
Makeover Ruang Tamu Raya Baru
-
Assalamualaikum ♥
Salam awal Ramadhan! Banyak tak persiapan yang korang dah buat? Excited tak
Ramadhan kali ni? Untuk yuyu & keluarga, Ramadhan ni double-...
5 years ago
2 comments :
Hi Phy~
Kotut ba tu kan..hehe.. drg bilang kan, cara mo kasi hilang tu.. ambil air kencing ko awal pagi punya then letak sna tu kotut.. setiap pagi buat gtu smpai la hilang tu kotut..
lagi 1 ko ikat benang hitam di jari ko... ko cuba laa.. manatau berkesan sm ko.. sbb ada org nda berkesan ada juga org buat 2 atau 3 kali ja trus hilang kotut..hhehe..
p/s: Gudluck! :P
Thanks for the tips dear.. :)
Post a Comment