About me

My Photo
Phy
Former makeup enthusiast and bookworm. Currently adopting a minimalist lifestyle. Contact me at phylliciarobert@gmail.com for inquiries.
View my complete profile

Sunday, January 01, 2012

Bila Phy Jadi Jakun

Hello..
Pada hari terakhir 2011, sy dengan kawan sy buat OT untuk JKR dengan mengukur 1 Borneo Hypermall. Selepas kami selesai kerja ukur mengukur ni *Tugas khas: Ukur panggung GSC* kami nampak la kunun tu kerusi yang boleh mengurut. Sudah lama bah kerusi2 tu ada di 1B, tapi saya tidak pernah amik peduli.

Lebih kurang begini la kerusi urut tu, tolak remote dan tambah slot duit jak...


Oleh sebab kami rasa penat, kami pun ambil kesempatan la kunun ni mau cuba kerusi tu. Untuk pengetahuan kamu, kerusi urut ni ada di tiga bahagian 1B *Tidak silap sy di setiap tingkat pun ada*. Kawan sy tu bawa la pigi kerusi2 di bahagian yang terselindung sikit supaya ada privacy. Maklum la, dua2 pun jakun kan. Takkan mau tunjuk juga ke'clueless'an kami depan orang ramai yang lalu lalang kan?

Sy la kunun ni yang try dulu. Rate perkhidmatan kerusi urut ni RM1 untuk 3 minit, RM5 untuk 13 minit *yang seterusnya sy tidak ingat, sebab sy tiada niat untuk duduk lama2 di kerusi tu* , etc. Sy kasi masuk la kunun RM1 dalam tu slot *itu pun terkial2 ni mula2* lepas tu sy dapat rasa kerusi tu bergetar dan badan sy seolah2 makin tenggelam dalam kerusi tu.

Start la kunu tu kerusi mengurut. Walaupun sy tau itu kerusi urut kan, I didn't know what to expect gia. Jadi mula2 tu sy rasa macam tu kerusi kena sampuk ni. Macam ada nyawa sendiri atau ada hantu yang control tu kerusi kunu. Hahaha.. Betttuuulll... Entah dari mana tu pikiran sy datang.

Tapi kan, tapi kan bila sudah dapat adjust tu perasaan... Uiiinnnaaaa.. Punya sadap. Kena urut dari punggung sampai kepala dan turun lagi balik pigi area punggung. *Siap ken picit2 bontot dan peha lagi woooorr. Kalau ini machiam hari2 ah bontot wa boleh jadi fit macam bontot JLo wooorr* Yang sy rasa geli hati tu bila tu kerusi buat urutan macam menumbuk naik turun belakang sy. Kuat bah, sampai badan sy bergetar. Bida' betul la bah tu rupa.

Sy mau ketawa tapi oleh sebab sy saturang jak time tu *kawan sy pigi tandas* nda la sy berani. Nanti kena cakap, "Tukoi, kesiannya tu perempuan. Ketara betul kebaru-baruan cuba tu kerusi urut. Macam orang gila ni ketawa2 sendiri". Sy hanya mampu senyum2 kambing biri2 di sebalik tangan sy.

By the time my 3 minutes was up, I was hooked. Tiwas sy di tangan si kerusi urut. Sy tambah lagi RM3 jadi kiranya sy berurut 12 minit la. Bila mau pulang sudah tu terasa sebak. Kalo ikut hati, mau jak sy angkut salah satu kerusi urut tu pulang. Bukan sy jak tau. Kawan sy pun tertanya2 ni, berapa lah harga sebuah kerusi urut macam tu. Sampai begitu sekali penangannya.

Jadi kawan2 kalo kamu ada nampak khidmat kerusi urut di shopping complex, sila2 lah mencubanya. Sediakan wang kertas *duit syiling tidak diterima* dan yang kecil2 jak nilainya. Kalo kamu kasi masuk RM50 rasanya slot duit tu nda akan kasi balik duit baki kamu.

Ini jak la untuk kali ni. Cheers and wassalam...  (^^) v

P/S: Kepada Bahagian Pengurusan 1 Borneo Hypermall, jika anda mendapati salah satu kerusi urut anda hilang, paham2 la ah..

2 comments :

Anonymous said...

Lawalah phyl..punya lucu...hhehe..-erra

Phy said...

Hahaha... Ini la ni kalo try benda2 modern kali ptama...